Belanjawan 2025: Peruntukan sukan permotoran turut dalam radar KBS -- Hannah Yeoh

Shaiful Shamsudin
October 19, 2024 14:44 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan selain bajet RM 230 juta yang diberikan untuk pembangunan sukan secara keseluruhan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, peruntukan sukan permotoran turut berada dalam radar Kementerian Belia Sukan (KBS).
Kehangatan tersebut makin dirasai dengan penganjuran Kejuaraan Motosikal MOTOGP yang memperkenalkan tiket rahmah bagi memastikan semua peminat sukan dua roda dapat menikmati suasana menyaksikan pelumba terkenal dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Buat masa ini, terdapat tiket rahmah akan disediakan dan diharapkan ia laris dijual bagi memastikan peminat Malaysia dapat menyaksikan acara tersebut," kata Hannah menerusi Nadi Weekend
Sementara itu, proses perbincangan membawa masuk nama enam jurulatih baharu bersama Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sedang berjalan dengan perkembangan positif.
"Sukan olahraga akan diberikan tumpuan khas bersama sukan renang dan sukan tempur kerana ia sentiasa memberikan banyak pingat buat negara."
Terdahulu, Hannah ditemui ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-19 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue.
#Malaysia #KBS #Olahraga #Hannah Yeoh #Belanjawan 2025
;