Bekas pertahanan Liverpool, Joel Matip umum persaraan
Saufi Tahir
October 13, 2024 09:10 MYT
October 13, 2024 09:10 MYT
Bekas pertahanan Liverpool, Joel Matip, mengesahkan persaraannya daripada kancah bola sepak profesional.
Dia menyertai Liverpool secara percuma pada 2016 dan tidak mempunyak kelab sejak meninggalkan Anfield pada penghujung musim lalu memutuskan untuk menamatkan kerjaya bola sepaknya selama 15 tahun.
Matip antara pemain pertama yang dibawa Jurgen Klopp bagi memperkuatkan Liverpool bersama Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Loris Karius.
Pemain berusia 33 tahun itu memulakan karier di kelab Jerman, Schalke dan telah membuat 248 penampilan untuk pasukan Bundesliga itu serta membantu kelab pertamnya itu menjulang DFB-Pokal dan Piala Super Jerman pada 2011.
Congratulations on an excellent career, Joel ? All the best in your retirement ❤️ pic.twitter.com/y93YeBR8do
— Liverpool FC (@LFC) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia turut membantu The Reds kembali ke saingan Liga Juara-Juara (UCL), namum prestasi cemerlangnya itu kerap dicemari masalah kecederaan yang berulang.
Penampilan terakhir bekas pemain Cameroon itu adalah ketika Liverpool menewaskan Fulham 4-3 pada Disember 2023 selepas mengalami kecederaan Ligamen lutut anterior (ACL) dalam perlawanan yang sama.
Joel Matip has announced his retirement from football ? pic.twitter.com/aqeXd1cDEJ
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Matip telah membuat 201 penampilan buat Liverpool dalam semua kejohanan dan telah menjaringkan 11 gol serta enam trofi utama termasuk kejayaan keenam Liverpool menjulang trofi UCL.