Bedah buku lali halang Tiger Woods sertai PGA AS

Shaiful Shamsudin
May 11, 2023 10:11 MYT
Tiger Woods sah terlepas Kejohanan PGA Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangkakan selepas menjalani pembedahan buku lali bulan lalu.
Woods tidak tersenarai dalam kalangan 155 peserta yang dikeluarkan oleh PGA of America, awal pagi tadi, menjelang kejohanan di Oak Hill Country Club, minggu depan.
Justeru, tempat terakhir itu akan diisi oleh pemenang AT&T Byron Nelson di Texas.

Full field list for the 2023 PGA Championship at Oak Hill has been announced.#PGAChamphttps://t.co/1W2NP3hsRs

— PGA Championship (@PGAChampionship) May 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jordan Spieth turut mengambil bahagian walaupun menarik diri daripada acara Jelajah PGA minggu ini akibat kecederaan pergelangan tangan.
Kecederaan terbaru Woods itu berlaku ketika dia menarik diri dalam pusingan ketiga The Masters bulan lalu.
Pemain berusia 47 tahun itu kemudian menjalani rawatan di New York bagi menangani masalah tulang di sendi buku lalinya.
#Tiger Woods #Golf #PGA AS
;