Barisan pemain baru Selangor semakin serasi

Kamal Nizam
March 7, 2024 04:24 MYT
Tidak kurang dari dua bulan lagi sebelum tirai Liga Malaysia dibuka, Selangor yang sedang menjalani latihan pra-musim di Bangkok, Thailand tampil motivasi baharu.

Sesi latihan pra-musim skuad #GergasiMerah di Bangkok. ?? ? Saksikan video penuh sesi latihan di saluran rasmi YouTube kami. Klik pautan di bio sekarang!#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/OvRfaQvuSn

— Selangor FC (@selangorfc) March 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini selepas pemain import terbaru mereka tonjol prestasi memberangsangkan dan skuad itu juga berhasil menjaringkan enam gol dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan division kedua Thailand, Samut Prakan City FC.
Namun kejayaan di pra-musim bukanlah kayu ukuran kekuatan skuad Gergasi Merah.
Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, sifatkan mereka perlu tingkatkan lagi persefahaman antara mereka lebih-lebih lagi ramai pemain baru yang masih menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia.
"Kita bukan nak tengok jaringan, kita nak tengok kita punya kesefahaman satu team.
"Sebab kita baru digabungkan untuk tahun ini, ramai import baru, jadi kita perlukan lebih masa dan lebihkan kesefahaman lagi," katanya di saluran YouTube SelangorFC+.
#Thailand #Selangor #merah kuning #Samut Prakan