Barisan kejurulatihan Malaysia pacu badminton Hong Kong

Shaiful Shamsudin
December 21, 2024 12:44 MYT
Kem badminton Hong Kong dijangka akan menggunakan khidmat barisan kejurulatihan daripada Malaysia sebagai permulaan kempen yang lebih memberangsangkan, bermula tahun depan.
Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jurulatih beregu lelaki, Tan Bin Shen, akan mengundurkan diri pada awal depan dan dikhabarkan akan menyertai barisan ketua jurulatih Hong Kong, Wong Choong Hann.
Selain Bin Shen, kancah badminton semalam mengesahkan rekrut baru, iaitu Jeremy Gan dan Loh Wei Sheng.
Jeremy ketika ini bertugas sebagai jurulatih beregu wanita Jepun sementara Wei Sheng memiliki pengalaman kejurulatihan lelaki di Singapura.
#badminton
;