Bahang di Manjung beri cabaran berbeza -- Kim Swee

Shaiful Shamsudin
October 19, 2024 20:42 MYT
Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, mengakui pertemuan menentang Perak di Manjung petang tadi menghadirkan satu ujian berbeza buat barisannya.
"Berlatih di Kota Kinabalu pukul 3 petang pun tidak sepanas di Manjung.
"Cuaca panas ganggu rentak pemain," katanya selepas perlawanan.
Begitupun, kejayaan Sang Badak meraikan mata penuh ketika bertandang menghadapi Perak disambut Kim Swee dalam dilema.
Penggempur kebangsaan itu perlu diketepikan selepas dikeluarkan ketika mewakili Harimau Malaya menentang New Zealand, Isnin lalu.

???TERKINI !!!!!Darren Lok terpaksa diketepikan selama sebulan & Datuk Ong Kim Swee menaruh kepercayaan terhadap Joao Pedro.Situasi ini ‘memeningkan’ OKS dalam melakukan persiapan bertemu Penang, Kedah DA & Kelantan DN.@ASTROARENA #DemiLigaKita pic.twitter.com/IqVmSXK8ci

— karlnunis (@_karlnunis) October 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Situasi itu mencetuskan kegusaran pengendali tersebut yang perlu mencongak percaturan terbaik.
Namun, kehadiran penyerang baru kelahiran Brazil, Joao Pedro, menawarkan kelegaan buatnya apabila meledak satu jaringan termasuk ketika membenam Sang Seladang, 4-2 petang tadi.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita
;