Ng Tze Yong tidak dapat menyembunyikan apabila kekecewaan kempennya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terkandas seawal pusingan pertama.

Pemain perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu terpaksa menarik diri ketika pemain bertemu pemain Jepun, Koki Watanabe, di Axiata Arena sebentar tadi.

Tze Yong menghasilkan pukulan padu sejak awal pertarungan itu tetapi gerakan itu memakan dirinya.




"Selepas beberapa pukulan 'overhead smash' pinggang saya mula terasa sakit.

"Saya akan jumpu doktor dulu untuk tentukan proses pemulihannya," katanya yang mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan jurulatih, Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock.