ATP Finals: Alcaraz tewas kepada Zverev dalam penampilan pertama

Muzaffar Musa
November 14, 2023 09:15 MYT
Carlos Alcaraz berdepan kekalahan di tangan Alexander Zverev dalam penampilan ATP Finals pertamanya di Turin malam tadi.
Pemain berusia 20 tahun itu, yang terlepas saingan tahun lalu gara-gara kecederaan, terus berdepan dengan kemerosotan prestasi apabila tewas 7-6, 3-6, 4-6 dalam aksi pembukaan pusingan round robin.
Alcaraz bangkit daripada ketinggalan satu mata untuk memenangi penentuan tie-break set pertama tetapi dia kemudian ketinggalan jauh dalam set kedua dan Zeverev ternyata lebih tenang untuk memenangi penentuan itu biarpun kedua-dua pemain mempamerkan variasi pukulan-pukulan menarik.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Alcaraz, di mana dia tewas kepada Grigor Dimitrov dalam pusingan keempat Masters Shanghai sebelum dikejutkan dengan kekalahan kepada Roman Safiullin dalam pusingan pertama Masters Paris.
Zverev, dalam pada itu, bangkit dengan penuh cemerlang sepanjang separuh kedua musim ini selepas kecederaan buku lali yang dialaminya dalam Terbuka Perancis pada Disember lalu memaksanya untuk berehat selama tujuh bulan.

HOW?! ?@AlexZverev #NittoATPFinals pic.twitter.com/i5bbvComOM

— Tennis TV (@TennisTV) November 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alexander Zverev #ATP #Tenis #ATP Finals #Carlos Alcaraz
;