ATP Akhir: Kecederaan paksa Berrettini tarik diri

Ammar Hakim
November 15, 2021 10:00 MYT
Terdapat kesakitan dialami Matteo Berrettini kerana dia terpaksa menarik diri daripada perlawanan pertamanya di ATP Akhir menentang Alexander Zverev di laman sendiri.
Wakil Itali, Berrettini, kelihatan mengalami kecederaan perut apabila ketinggalan 1-0 dalam set kedua selepas Zverev menang 7-6 (9-7) set pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan Merah di Turin semalam.
Pilihan keenam, Berrettini, menjatuhkan raket dan kelihatan menggulungkan badan kerana mengalami kecederaan di bahagian perut dan mendapat rawatan daripada pegawai perubatan untuk tempoh yang agak panjang.
Pemain ketujuh dunia itu cuba untuk meneruskan permainan, namun kecederaannya kelihatan agak serius dan menarik diri daripada saingan tersebut.
#Alexander Zverev #Matteo Berrettini #ATP Akhir
;