ATP Akhir: Atasi Zverev, Medvedev terus tampil aksi cemerlang

Ammar Hakim
November 17, 2021 09:15 MYT
Daniil Medvedev akhirnya mengatasi Alexander Zverev dalam pertandingan berkualiti tinggi untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam ATP Akhir tahun ini.
Wakil Russia itu melengkapkan kemenangan 6-3 ,6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam pertembungan sengit di Turin.
Tepat setahun sejak kedua pemain itu bertemu antara satu sama lain dalam kejohanan yang sama di London, ia kelihatan seperti sejarah mungkin berulang ke tahap yang lebih tinggi apabila Medvedev memenangi set pertama 6-3, seperti yang dilakukannya pada 2020 dalam kemenangan straight set.
Juara bertahan itu mendominasi permainan, namun set kedua menyaksikan peningkatan ditampilkan Zverev, yang meraih 13 mata menerusi servis kencang.
Wakil Jerman itu gagal merampas sebarang set daripada Medvedev, namun berjaya merakam kemenangan menerusi tie-break.
Corak permainan yang sama ditampilkan dalam set ketiga selepas diheret ke tie-break. Selepas berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan, Zverev tidak terdaya untuk melakukan kali ketiga ketika Medvedev meraih kemenangan sekaligus di landasan terbaik untuk ke peringkat seterusnya.

Relentless ? ?? @DaniilMedwed battles past Zverev 6-3, 6-7, 7-6 to go to the top of Red Group at the #NittoATPFinals ? pic.twitter.com/QUBZWBJj4p

— ATP Tour (@atptour) November 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alexander Zverev #Daniil Medvedev #ATP Akhir
;