Nikmati kesemua 51 perlawanan Kejohanan Euro 2020 secara langsung di kaca televisyen anda dan di platform Astro GO dengan pengalaman tontonan berbeza di Ultra Box dalam versi 4K UHD.

Pelanggan Pek Sukan akan mendapat akses komplimentari EURO 2020 dan pek ini juga akan dinaik taraf ke Ultra Box tanpa sebarang bayaran demi membolehkan mereka
menikmati pengalaman tontonan terbaik dan premium apabila menonton EURO 2020 kelak.

EURO 2020 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini dengan perlawanan pembukaan di antara Turki dan Itali pada jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).

Pelanggan boleh strim perlawanan di platform Astro GO atau tonton menerusi kedua-dua saluran khas dalam versi HD (saluran 810 dan 809), yang mana akan memulakan siaran seawal 1 Jun dengan menyiarkan siri perlawanan kelayakan, sorotan-sorotan menarik, perlawanan persahabatan dan program-program berbentuk majalah.

Dalam pada itu, dua saluran UHD (saluran 781 dan 782) untuk pelanggan yang memiliki Ultra Box pula akan menyiarkan perlawanan siaran langsung dan ulangan sahaja.





“Pelanggan Pek Sukan Astro berhak menikmati pengalaman tontonan terhebat apabila menyaksikan acara sukan berprestij, justeru kami dengan berbesar hati menawarkan mereka ‘Pengalaman Tontonan Terbaik Astro’. Pelanggan Pek Sukan ini akan berpeluang menonton dan menikmati kesemua 51 perlawanan secara langsung EURO 2020 dalam versi 4K UHD di Ultra Box.

“Tambah menarik lagi, khas buat pelanggan komersial Astro, kami juga telah menyediakan pakej istimewa Pek Sukan yang lebih fleksibel yang mana mengandungi kesemua saluran sukan, termasuklah EURO 2020," menurut Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad.

Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee, berkata: “Acara dan perlawanan sukan siaran langsung berprestij merupakan teras utama kepada sajian kandungan yang dipersembahkan Astro, bagi meningkatkan jumlah tontonan khususnya di kaca televisyen dan platform Astro GO.

"Selepas lebih kurang setahun menunggu, Astro kini kembali membawakan keterujaan perlawanan EURO 2020, menerusi penganjuran aktiviti bersama pelanggan selama empat hari berturut-turut dari 1 hingga 4 April ini di pusat membeli belah Sunway, Pyramid (Blue Atrium).

'Tambah menariknya, bagi memeriahkan kempen ‘Goal Mania’ kami, semua pelanggan Pek Sukan sedia ada ataupun bagi mana-mana pelanggan yang baru sahaja berdaftar, anda juga berpeluang untuk membawa pulang sebuah televisyen 4K bersaiz 51 inci sebagai hadiah utama.”





Juga, jangan lepaskan peluang menonton Liga Perdana, perlawanan-perlawanan akhir FA Cup, Liga Europa, dan Liga Juara-Juara, sementara menantikan EURA 2020.

Pek Sukan menyajikan 11 saluran dengan tiga berdefinisi tinggi (HD) bagi membawakan liputan terhebat acara sukan besar-besaran dunia seperti La Liga, Bundesliga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara berprestij lain seperti Formula 1, Moto GP, UFC, NBA, tenis, badminton dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut mengenai sajian kandungan Astro untuk EURO 2020 menerusi:

Melanggan Pek Sukan: astro.com.my/shop

Hadiah televisyen 4K bersaiz 51 inci: promotions.astro.com.my/details/Euro2020Contest

Astro Ultra Box: astro.com.my/ultra

Muat turun Astro GO: astrogo.com.my