Dengan perlawanan diantara Liverpool dan Manchester City berakhir dengan keputusan seri 1-1 semalam, memberi peluang buat skuad The Gunners menduduki puncak liga dengan tenang menjelang awal bulan Ramadan.

Arsenal berjaya meraih kemenangan tipis 2-1 ketika bertemu dengan pasukan di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford.




Dengan baki 10 perlawanan lagi pasti akan membuka peluang kepada Arsenal untuk merebut gelaran juara liga sekiranya terus konsisten meraih kemenangan.

Laman rasmi Arsenal mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan buat semua masyarakat muslim sedunia.