ARRC: Zaqhwan Zaidi muncul naib juara Perlumbaan 1, Hafizh Syahrin di tempat kelima

Saufi Tahir
December 7, 2024 19:01 MYT
Pelumba Honda Asia-Dream Racing With Astemo, Zaqhwan Zaidi, menamatkan Perlumbaan 1 dengan kedudukan podium dalam pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, sebentar tadi.
Sementara itu, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, menamatkan Perlumbaan 1 dalam kategori ASB1000 di kedudukan kelima dan seorang wakil negara yang bermula di petak kelapan menamatkan di kedudukan ke-13 walaupun jatuh dalam 4 laps terakhir.
"Dengan Andi (jurang) 17 mata, saya berharap dapat berada di hadapan dia. Jika saya dibelakang agak sukar, apa-apa boleh terjadi dalam perlumbaan. Kejuaraan masih terbuka.
"Walaupun bermula di tempat ke-11 esok, saya harap dapat beri saingan yang lebih baik daripada hari ini." kata Hafizh Syahrin.

Dari segi kiraan matematik, Hafizh Syahrin masih mampu untuk bergelar juara keseluruhan meskipun gagal menamatkan saingan pada kedudukan podium. Namun, Hafizh tiada pilihan selain meraih podium tengah dan harap pelumba Indonesia berada pada kedudukan enam ke bwh@ASTROARENA pic.twitter.com/tW7WBGuHjm

— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Yamaha Tekhne Racing Team Asia turut terpaksa berpuas hati selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh.
Mengikat carta kedudukan, Hafizh Syahrin masih kekal di kedudukan ketiga dengan 148 mata dengan Andi Farid Izdihar mendahului dengan 165 mata secara keseluruhan.
#ARRC #Permotoran #Zaqhwan Zaidi
;