ARRC: Hafizh Syahrin cari pelarasan terbaik hadapi selekoh Litar Antarabangsa Chang
Shaiful Shamsudin
December 6, 2024 17:35 MYT
December 6, 2024 17:35 MYT
Pelumba sensasi ASB 1000, Hafizh Syahrin Abdullah, bergelut untuk catatan masa terpantas apabila menamatkan dua sesi latihan bebas di kedudukan ketujuh dalam pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Dia terlebih dahulu merakam 1 minit 37.306 saat di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, hari ini dan sesi latihan bebas kedua juga di tempat sama menerusi catatan 1 minit 36.345 saat.
Dia berdepan masalah cip elektronik yang turut memberi kesan terhadap pacuannya apabila gagal dalam persaingan memotong untuk berada di petak hadapan.
"Litar ini mempunyai banyak selekoh jadi kami perlu dapatkan keseimbangan kawalan cengkaman .
"Ia agak mencabar yang perlukan ritma dan pelarasan elektronik.," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sementara itu, pelumba UB 150, Md Akid Aziz, tiada khuatir berhubung prestasi dalam dua sesi latihan bebas apabila menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada taktikal menjelang aksi penting pusingan kelayakan esok.
Akid di kedudukan kelima sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa terpantas 2 minit 1.109 saat, manakala sesi latihan bebas kedua di tempat 15 dengan 2 minit 1.650 saat.
"Hari ini pelarasan motosikal saya belum lancar. Kalau cuba pun berisiko buat saya sendiri.
"Saya perlu dapatkan pelarasan terbaik agar saya boleh berikan tunggangan 100 peratus," katanya pula.