ARRC: Akid Aziz mahu ulangi pencapaian podium di Litar Sepang

Saufi Tahir
September 13, 2024 18:44 MYT
Pendahulu kategori kategori Underbone 150, Md Akid Aziz, optimis mampu mengulangi pencapaiannya di Litar Mandalika untuk meraih podium dalam Perlumbaan Kejuaraan Motosikal (ARRC), di Litar Antarabangsa Sepang, esok.
Bagaimanapun, Akid tidak mahu meletakkan sebarang sasaran awal berikutan faktor cuaca di litar yang tidak menentu ketika ini.
Dia semestinya mahu melengkapkan hatrik kemenangannya selepas melakar kejuaraan podium di Jepun dan Indonesia sebelum ini.
"Pertama sekali adalah rezeki dan usaha kerana pasukan saya akan sentiasa mencari cara untuk menambah baik aksi, mereka bekerja keras daripada siang hingga malam, mereka mahukan kejayaan.
"Di Mandalika, saya ketinggalan pada awal tapi berjaya menjadi juara. Di Sepang, kita perlu lihat dari aspek cuaca terlebih dahulu sebelum berlatih." katanya kapada Nadi Arena.
#ARRC #Permotoran #Akid Aziz