Alguersuari: Vettel akan kembali ke prestasi asal, sukar dikalahkan

Muzaffar Musa
August 21, 2020 13:18 MYT
Sebastian Vettel akan kembali ke prestasi sebenar dan menjadi sukar untuk dikalahkan apabila dia kembali berasa seronok untuk memandu, kata Jaime Alguersuari.
Juara dunia empat kali Formula 1 (F1) itu menghadapi waktu sukar sepanjang beberapa tahun ini selepas kali terakhir memenangi gelaran juara keseluruhan pada 2013.
Vettel hanya memenangi satu grand prix sejak permulaan musim 2019 -- dalam perlumbaan di Singapura tahun lalu -- dan menduduki tangga kelima dalam kedudukan keseluruhan kategori pemandu musim lalu.
Pemandu berusia 33 tahun itu akan meninggalkan Ferrari pada penghujung 2020 dan musim terakhirnya bersama pasukan itu juga tidak begitu baik apabila hanya mengumpulkan 16 mata daripada enam perlumbaan, kekurangan 116 mata di belakang pendahulu, Lewis Hamilton.
Masa depannya dalam sukan itu masih belum ada kepastian tetapi Alguersuari, yang merupakan pemandu Toro Rosso dari 2009 hingga 2011, tidak berfikir bahawa kemuncak karier Vettel sudah tamat.
"Apa yang saya tahu adalah Vettel merupakan pemandu dengan reputasi yang besar dan pada hari dia mempunyai sensasi yang baik bersama jenteranya, amat sukar untuk menewaskannya," katanya kepada Stats Perform News.
"Dia melalui waktu yang sukar tetapi ia tidak menjadikannya seorang pemandu yang tidak bagus.
"Kita semua boleh menghadapi waktu sukar dalam karier sukan.
"Buat masa ini, itulah yang berlaku kepadanya.
"Perkara paling penting adalah tidak hilang pertimbangan dan terus berusaha keras untuk menyelesaikan masalah yang perlu dilalui daripada segi dia tidak berasa baik dengan jenteranya.
"Adakalanya, anda telah memberikan segala-galanya tetapi tidak dapat kelajuan yang diperlukan," katanya.

ICYMI: Following yesterday’s #SpanishGP, #Seb5 became only the second driver in history to score more than 3000 #F1 career points ?#essereFerrari ? pic.twitter.com/fvieIFGI8J

— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) August 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ferrari #Sebastian Vettel #Sukan Permotoran #Formula 1
;