AJBC 2024: Barisan pemain muda curi tumpuan

Ammar Hakim
November 25, 2024 19:50 MYT
Berakhir sudah saingan Grand Final Allianz Junior Badminton Championship 2024 yang melabuh tirai semalam.
Antara yang mencuri tumpuan termasuk juara perseorangan bawah 15 tahun, Loh Zi Yu, melibatkan masa depannya bersama Akademi Badminton Malaysia (ABM) tahun depan, selain empat lagi wakil yang mendapat peluang bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Ini menandakan usaha daripada tiga edisi kejohanan mula membuahkan hasil, dan Allianz yakin, perkembangan itu tanda yang cukup tepat menggambarkan mereka kini antara badan korporat yang serius dalam membantu perkembangan sukan badminton negara.
Bagi menampung permintaan yang tinggi untuk pendaftaran yang dibuka percuma saban tahun, Allianz mengambil pendekatan untuk menambah satu lagi kategori iaitu bawah 11 tahun bermula tahun depan.
#badminton #AJBC 2024
;