AGM MPM: Megat bakal dicabar?


October 29, 2024 17:15 MYT
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menetapkan 14 Disember depan sebagai medan pemilihan jawatankuasa untuk penggal berikutnya.
Persoalan menarik ialah jawatan Presiden MPM yang disandang Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin sejak 2019.
Kemenangannya pada AGM 2019 cukup menarik apabila borang pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ditolak ekoran masalah teknikal.
Tetapi untuk penggal baru, khabarnya ada seorang individu yang sedang merancang perkiraan untuk mencabar.
Jika menjadi realiti, kedudukan Megat dijangka goyah.
Ini akan jadi pertembungan yang menarik. Teruskan bersama Stadium Astro.
#Paralimpik #Majlis Paralimpik Malaysia #MPM
;