Afiq Ali Hanafiah tekad kembali cergas menjelang dua kejohanan utama

Ammar Hakim
October 30, 2023 19:40 MYT
Pelari pecut para negara, Afiq Ali Hanafiah, sudah melupakan kekecewaan terlepas kilauan pingat emas Sukan Para Asia ekoran kecederaan belakang sementara merancang kebangkitan menuju dua temasya utama musim 2024.
Pentas Kejohanan Dunia serta Paralimpik Paris diharapkan jadi medan kebangkitan pelari berusia 28 tahun itu selepas mengakui ralat melihat pelari Iran, Mehrdad Moradi, menungguli acara kegemarannya di Hangzhou.
"Berdasarkan acara 100m T12, ia adalah peluang terbaik untuk melakukan catatan terbaik dan mendapatkan ranking dalam kalangan terbaik Asia," kata Afiq menerusi Nadi Arena.
"Mengikut catatan terbaik, saya berkemungkinan mampu mendapatkan pingat untuk negara, jadi saya akan cuba melakukannnya dalam kejohanan akan datang."
Sementara itu, Afiq Ali sedang berusaha menghabiskan fasa 'off season' di gimnasium untuk elak tercedera menuju ke temasya utama.
#Paralimpik #Para #Sukan Para Asia
;