ACLE: Kim Pan-gon teruja jumpa JDT, kagum kualiti Arif Aiman
Saufi Tahir
November 4, 2024 11:45 MYT
November 4, 2024 11:45 MYT
Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon, tidak menafikan kekuatan Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi di laman sendiri menjelang aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.
Jurulatih berusia 55 tahun yang merupakan bekas jurulatih Harimau Malaya itu optimis untuk memberikan aksi terbaik walaupun beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan dengan pasukannya hadir dengan misi untuk merebut tiga mata penuh sekali gus memperbaiki kedudukan dalam saingan Kumpulan A.
"Selamat pagi, saya sangat teruja dalam aksi esok berdepan JDT yang merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara. Bagi kami, kami tidak mempunyai keputusan baik dalam tiga perlawanan terakhir.
"Saya tahu pencapaian JDT dalam tiga aksi terakhir, sangat kuat. Kami akan lakukan yang terbaik untuk bersaing dan mendapat tiga mata esok.
Ketika ditanya mengenai bintang sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi, dia berasa bangga dengan kualiti yang semakin meningkat pemain itu dari masa ke semasa serta percaya pemain berusia 22 itu mempunyai masa depan yang cerah di pentas Asia.
"Saya tahu JDT sangat kuat beraksi di laman sendiri, jadi saya rasakan ia merupakan aksi yang sengit. Ulsan juga tidak mempunyai rekod yang baik di SSI. Ia membuatkan saya gugup.
"Kami akan berikan aksi terbaik, saya gembira dapat melihat masyarakat di sini dan para pemain kembali.
"Saya bangga dengan prestasi Arif Aiman, dia semakin menunjukkan kualiti dimilikinya. Dia beraksi dengan lebih baik daripada sebelum ini." katanya dalam sidang media perlawanan di Johor hari ini.
Welcome back KPG!@ASTROARENA pic.twitter.com/ufPtKxfUtf
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.