ACLE: JDT masih berpeluang ke pusingan 16 -- Juan Muniz
Ammar Hakim
December 4, 2024 19:16 MYT
December 4, 2024 19:16 MYT
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, percaya pasukannya masih berpeluang untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16 kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), walaupun kehilangan beberapa pemain utama akibat penggantungan untuk perlawanan berikutnya.
Ia menyaksikan skuad Harimau Selatan akan berkunjung ke tempat lawan bertemu Central Coast Mariners sebelum Pohang Steelers di laman sendiri Februari depan.
"Satu mata yang sangat bagus, kami masih lagi berpeluang untuk melangkah ke pusingan berikutnya," katanya.
"Kami akan ke Australia untuk menang sebelum bertemu Pohang. JDT kini memiliki lapan mata dan perlu menang dalam perlawanan akan datang."
Dalam perlawanan itu, Muniz kehilangan gigi geraham kiri selepas disiku pemain Buriram United, namun tiada semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dibuat.