ACLE: Apa maksud adil? -- Neil Etheridge anggap aksi JDT-Buriram United pelik
Najmi Iman
December 3, 2024 22:29 MYT
December 3, 2024 22:29 MYT
Bekas penjaga gol Birmingham City, Neil Etheridge, menghembus nafas lega selepas membantu Buriram United mengekang asakan bertali arus Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
Neil Etheridge banyak melakukan penyelamatan penting yang menafikan kemenangan skuad Harimau Selatan selepas dikecewakan Shandong Taishan minggu lalu.
"Ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar lebih-lebih lagi apabila datang ke sini (SSI) kerana semua orang tahu betapa pentingnya pertembungan dua gergasi Asia Tenggara ini.
"Perlawanan yang pelik dan saya berada di sini untuk membantu pasukan saya mendapatkan mata berharga.
"Saya tidak tahu apakah maksud adil dalam aksi ini. Tiga pemain dilayangkan kad merah dalam satu aksi," katanya selepas aksi tersebut.