ACL2: Kim Do-heon akui kehebatan Selangor


October 25, 2024 10:28 MYT

Pengendali Jeonbuk Hyundai Motors FC, Kim Do-heon, mengakui Selangor bermain cukup baik ketika menewaskan pasukannya 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu lalu.

Menurutnya, skuad Gergasi Merah melakukan persiapan rapi selain taktikal yang berkesan untuk mengekang para pemainnya mendapatkan peluang gol.

"Dalam perlawanan ini, Selangor mempamerkan persembahan yang baik. Namun, situasi seperti melengahkan masa dilakukan mereka perlu diubah.

"Bagaimanapun, dalam perlawanan ini, Selangor bersedia sebaiknya dan tidak beri banyak ruang kepada kami," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

?? Selangor FC are ready to fight for glory! Onwards to the #ACLTwo! ?⚽ pic.twitter.com/ONqbX7MdeW

— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) September 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam perlawanan itu, Selangor meledak dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Harith Haiqal pada minit ke-30 disusuli gol Ali pada (m-32) manakala gol Jeonbuk pula dijaringkan Kwon Chang-hoon pada (m-40).

Dalam pada itu, Do-heon turut mengakui dua gol pantas yang dijaringkan Selangor sememangnya memberikan tamparan kepada mereka untuk bangkit dalam perlawanan itu.

"Secara asasnya, fokus terhadap situasi bola mati yang memberikan gol pertama kepada Selangor agak mengecewakan. Tetapi, kami cuba sedaya upaya untuk kembali bangkit dan mendominasi perlawanan.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Stadium Jeonju pada 7 November depan.

"Namun, kami sukar untuk mencari ruang masuk dan mencipta peluang. Kami melihat ke hadapan dan mahu mendapatkan kemenangan di laman sendiri menentang Selangor nanti," katanya. - Sinar

? ?????????? | ?? Selangor FC 2️⃣-1️⃣ Jeonbuk Hyundai Motors ?? Selangor FC move ahead of Jeonbuk Hyundai Motors in Group H, powered by goals from Harith Haiqal and Ali Olwan! ?????? ? https://t.co/O2R5sG9Gb2#ACLTwo | #SELvJBH pic.twitter.com/bTyB0bz3uT

— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#bola sepak #Selangor #Kim Do-heon #ACL2 #Jeonbuk
;