ACL Wanita bakal diadakan buat julung kalinya

Radzi RH
July 19, 2024 11:37 MYT
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal mengadakan Liga Juara-Juara Wanita buat julung kalinya dengan penganjuran akan berlangsung bermula ogos ini.
Sebanyak 21 kelab wanita seluruh Asia akan terlibat dengan saingan terbahagi kepada dua peringkat melibatkan 13 pasukan bakal bersaing dalam kelayakan awal di Bhutan, Jordan, Malaysia dan Arab Saudi.
Empat pemenang Kumpulan akan menyertai lapan pasukan lagi melibatkan kelab dari China, Thailand dan Vietnam.
Juara bertahan Liga Wanita Nasional, Sabah menjadi wakil tunggal Malaysia di kejohanan ini.
Undian pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Wanita sudah pun berlangsung di Ibu Pejabat AFC, di Bukit Jalil pada khamis dan skuad Wanita Sabah telah diundi dalam Kumpulan C bersama PFC Nasaf dari Uzbekistan dan AFC FC dari Nepal.
Saingan kelayakan akan bermula 25 ogos ini.
#AFC #Konfederasi Bola Sepak Asia #ACL Wanita #Liga Juara-Juara Asia Wanita
;