Kuala Lumpur City melakar kemenangan pertama dalam kempen ACC Shopee Cup 2024 selepas menewaskan wakil Filipina, Kaya-Iloilo, 1-0 di Stadium Cheras, sebentar tadi.

Muhammad Haqimi Azim Bin Rosli membuka jaringan terlebih dahulu buat KL City selepas menolak masuk hasil hantaran lintang daripada kapten pasukan, Paulo Josue pada minit ke-12 dalam aksi separuh masa pertama.




Kedudukan 1-0 itu terikat hingga wisel penamat dengan Kaya-Iloilo tidak berjaya mencari jaringan penyamaan selepas kelab warga kota mudah menangkis setiap serangan untuk memastikan KL City meraih tiga penuh di laman sendiri.




Skuad kendalian Miroslav Kuljanac bakal menghadapi wakil Indonesia, Borneo Samarinda, dalam aksi kedua ACC Shopee Cup 2024 pada 26 September 2024 di Stadium Cheras.