Abdi Hassan terima dua tanggungjawab besar dalam tempoh dua minggu

Najmi Iman
October 30, 2024 20:47 MYT
Abdi Hassan memegang amanah besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih sementara -- dua minggu selepas dilantik sebagai pemangku penolong ketua jurulatih Selangor.
Kelab Lembah Klang itu mengesahkan perkembangan ini menerusi satu kenyataan rasmi ketika mengumumkan peletakan jawatan serta-merta oleh Nidzam Jamil.
Abdi Hassan bukanlah nama asing dalam kem remaja Selangor apabila membimbing skuad B-23, namun sentuhan di peringkat senior belum terbukti.
Dalam perkembangan lain, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan Gergasi Merah itu sedang mengintai untuk mendapatkan khidmat pengendali import.

Nidzam Jamil sah ucap selamat tinggal, diumumkan letak jawatan sebagai jurulatih Selangor. Difahamkan, Red Giants akan mendapatkan jurulatih import. ? https://t.co/Eo7pxe99rJ

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor #Abdi Hassan
;