Buat julung kalinya Astro menganjurkan Astro Badminton Cup (ABC) 2023 kepada pelanggannya untuk merasai pengalaman eksklusif bagi merebut hadiah lumayan bernilai RM30,000.
Kejohanan terbuka yang diadakan selama tiga hari di gelanggang Setia Badminton Academy, Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya menarik penyertaan hampir 200 peserta daripada semua lapisan peringkat umur.
Kejohanan itu menjadi batu loncatan buat pemain muda tempatan yang berbakat untuk merasai pengalaman bermain dalam saingan kompetitif seperti ini.
Dalam pada itu, peserta juga berpeluang untuk bermain dan beramah mesra bersama pemain kebangsaan dan olimpian negara yang hadir memeriahkan lagi kejohanan iaitu Goh V Shem, Chan Peng Soon, Low Juan Shen dan Nur Mohd Azriyn Ayub.
Pemain beregu lelaki profesional negara, V Shem berkata, menerusi program sebegini lebih ramai bakat baharu sukan badminton dapat diketengahkan serta dapat mempromosi gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.
“Saya menyokong inisiatif Astro mengadakan kejohanan di peringkat komuniti seperti ini di mana para pemain elit negara juga dapat peluang bersama-sama untuk aktif menyalurkan tenaga dan berkongsi pengalaman mereka dalam program yang sudah pasti dapat memberi inspirasi kepada mereka," katanya.
Bagi pemenang untuk kategori beregu campuran yang juga dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP), Chung Kin Seng teruja apabila mendapat peluang pertama kali bermain dalam kejohanan profesional seperti itu dalam kategori beregu dan menjadi platform buat pemain-pemain badminton sosial mempamerkan potensi masing-masing.
“Ini adalah pendedahan terbaik buat pemain-pemain muda yang dilihat sebahagiannya begitu menyerlah dan mungkin membuka ruang kepada mereka untuk bermain dengan pasukan-pasukan elit pada satu hari nanti.
“Saya berharap lebih banyak kategori yang akan dibuka terutama untuk kategori perseorangan pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, melihat sambutan yang memberangsangkan, pihaknya akan mempelbagaikan lagi tawaran kepada pelanggannya melalui program-program sukan.
“Kita yakin ramai pelangan Astro merupakan peminat sukan dan ini baru permulaan untuk kita menganjurkan lebih banyak sukan lain yang bukan hanya badminton pada masa akan datang,” katanya.
Ammar Hakim
Wed Aug 23 2023


Rexy Mainaky gusar perkembangan pelapis perseorangan, beregu wanita
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, tampak bimbang akan kelangsungan sektor pemain wanita yang kini masih tercari-cari pelapis yang mampu menggentarkan lawan di pentas dunia.

SOPMA: Dymphna Simon bantu Pulau Pinang raih dua emas
Jika edisi lalu dia membawa nama negeri kelahiran, Sabah dalam saingan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA), kini Dymphna Simon membantu Pulau Pinang meraih dua pingat emas dalam acara badminton.

Lin Dan akui badminton masih kerdil di mata dunia
Lin Dan -- yang diangkat sebagai pemain badminton yang hebat sepanjang zaman -- dalam sebuah video berkongsi kisahnya baru-baru ini mengenai suasana dalam Anugerah Sukan Dunia Laureus (LWSA) tahun lalu sambil mendedahkan menyedari tiada siapa yang mengenalinya atau mengenali sukan itu.

Teringin nasi briyani sempena raikan kejayaan Syed Modi
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengidam untuk menjamah ‘nasi briyani’ bagi meraikan kejayaan mereka merangkul kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi, malam tadi, berikutan persembahan memberangsangkan untuk mengejutkan pilihan utama, Akira Koga-Taichi Saito.

Badminton Cabaran India: Choong Hon Jian-Haikal Nazri lakar kejutan raih gelaran beregu lelaki
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengharumkan nama negara dengan bergelar juara Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Perjuangan Pang Ron-Cheng Su Yin tamat dalam separuh akhir
Sensasi yang dicipta beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi dinafikan Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Badminton Antarabangsa India: Soong Joo Ven berdepan perjalanan mencemaskan
Soong Joo Ven mendedahkan dia berdepan detik mencemaskan untuk sampai ke stadium bagi menghadapi perlawanan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi yang disifatkan oleh pemain Malaysia itu sebagai berbahaya dan telah membuatkannya berasa mual.

Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi: Pang Ron-Su Yin lolos ke separuh akhir
Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mengorak langkah besar dalam gandingan baharu mereka selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi menerusi satu lagi kemenangan mengagumkan.

Final Jelajah Dunia BWF: Pemain negara sedia tampil corak permainan terbaik -- Rexy
Empat ayam tambatan negara hanya mempunyai baki sembilan hari lagi sebelum terbang ke bumi Hangzhou, China untuk menghadapi saingan penutup musim, Jelajah Dunia BWF yang dijadualkan bermula pada 13 Disember ini.

Badminton Antarabangsa India: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lolos ke suku akhir
Pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin melepasi halangan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa India selepas menundukkan beregu tuan rumah Nitin Kumar-Navdha Manglam.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.