Zii Jia pamer perkembangan positif -- Peng Soon

Ammar Hakim
June 17, 2024 19:18 MYT
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon, menganggap persembahan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, kini menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menang Terbuka Australia mengatasi pemain ranking keenam dunia, Kodai Naraoka.
Ia juga merupakan petanda baik terhadap kebangkitan pemain tersebut menuju ujian sebenar di pentas Sukan Olimpik.
Sementara itu, Peng Soon turut terkesima dengan aksi memukau ditampilkan gandingan scratch pair, Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing yang mara ke final Terbuka Australia.
Meskipun Pei Jing berdepan isu 'penipuan' sebelum ini, namun dia jelas tidak terganggu dengan perkara tersebut apabila tampil cemerlang di gelanggang.
#Chan Peng Soon #Lee Zii Jia #Sukan Olimpik
;