Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia, menghela nafas lega sebaik sah bergelar juara Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen, di Birmingham semalam.
Selepas dikritik hebat berikutan prestasi buruknya dalam beberapa kejohanan sejak awal tahun ini, anak jati Kedah itu menjawab kritikan berkenaan dengan aksi jitu untuk membawa kejuaraan itu, yang kali terakhir dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei pada 2017.
Perlawanan berlangsung sengit dengan Zii Jia memenangi set pertama menerusi mata 'sudden-death' 30-29.
Aksi kian menarik dipamerkan kedua-dua jaguh perseorangan itu tetapi tuah lebih memihak Axelsen untuk memenangi set kedua 22-20.
Namun, wakil negara yang menduduki tangga ke-10 ranking dunia itu ternyata lebih fokus untuk memanfaatkan segenap ruang sebelum bergelar juara dengan kemenangan selesa 21-9 dalam set penentuan.
Zii Jia, dalam satu temu bual selepas perlawanan, menjelaskan betapa dia berusaha keras dan berasa lega selepas memenangi gelaran itu.
"Jurulatih tidak dapat membantu anda sepenuhnya, hanya 20 peratus.
"Selebihnya adalah daripada diri anda sendiri. Anda perlu berlatih dan berlawan dengan diri sendiri.
"Kedua-dua kami bermain dengan amat baik hari ini tetapi dalam babak ketiga, Axelsen kelihatan sedikit hilang fokus.
"Pada momen itu saya mendapatkan kelebihan.
"Sejak set pertama, kami bersaing sehingga ke mata 30-29. Ia amat sukar.
"Apabila masuk dalam set kedua, kami perlu fokus kepada setiap mata.
"Kami tidak boleh kehilangan fokus walau untuk seketika. Apabila kami hilang fokus, lawan akan memanfaatkannya.
"Itulah yang saya katakan kepada diri saya, untuk fokus kepada setiap mata.
"Saya fikir ia perasaan yang bercampur-baur, gembira, sedih, teruja, segala-galanya datang pada satu masa.
"Jadi saya sukar untuk menggambarkannya, sudah pasti saya gembira mengenainya," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Mar 22 2021


Perjalanan Lee Zii Jia terkandas dalam Masters China
Lee Zii Jia wakil tunggal negara yang masih bernyawa di suku akhir Masters China.

Masters China : Lee Zii Jia teruskan kemaraan ke suku akhir
Selepas cemerlang menumpaskan rakan senegara Ng Tze Yong, Lu Guang Zu jadi mangsa seterusnya kepada Zii Jia di Masters China, sebentar tadi.

Lee Zii Jia atau Ng Tze Yong?
Penantian yang cukup mendebarkan untuk kita ketahui siapakah antara dua atlet ini yang akan layak ke Final Jelajah Dunia BWF 2023 nanti.

CDM Sukan OIimpik: Saya mahu jumpa Lee Zii Jia bukan nak pujuk
Isu penolakan tawaran Program RTG

Keputusan Zii Jia tolak RTG tidak tepat!
" keputusan yang tidak tepat" Demikian reaksi pemerhati sukan badminton negara, Roslin Hashim yang tidak bersetuju disebalik keputusan jaguh perseorangan lelaki , Lee Zii Jia menolak untuk menyertai Program Sukan Elit Negara, Road to Gold (RTG).

Masters Jepun : Tolak RTG, Zii Jia berpijak di bumi nyata?
Kalau pada 15 November, semalam, nama Lee Zii Jia jadi tumpuan gara-gara menolak tawaran bagi menyertai Program Road to Gold (RTG). Hari ini, 16 November, namanya jadi tumpuan lagi gara-gara tersungkur di pusingan pertama Masters Jepun!

Zii Jia tolak Program Road to Gold
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak akan menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).

Program RTG: Sertai atau sebaliknya, Zii Jia hanya miliki masa sehingga esok
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia hanya memiliki tempoh sehingga esok untuk menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).

Masters Korea Selatan BWF: Lee Zii Jia tarik diri atas faktor kecergasan
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, sah menarik diri daripada Kejohanan Masters Korea Selatan, demikian disahkan dalam laman sosial rasmi Team LZJ.

Terbuka Perancis BWF: Lee Zii Jia kandas dalam pusingan kedua
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis BWF selepas tewas kepada pemain pilihan kelapan dari China, Li Shi Feng, di Glaz Arena, Rennes sebentar tadi.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.