Undian Piala ASEAN: Malaysia bakal beradu tenaga bersama juara bertahan


May 21, 2024 16:04 MYT
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand bagi saingan Piala ASEAN yang bakal berlangsung 24 November ini.
Pasukan skuad kebangsaan termasuk Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Myanmar, Kamboja, dan Laos bakal memburu kejuaraan tertinggi di peringkat Asia Tenggara.

Pada majlis undian di Hanoi sebentar tadi, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste/Brunei bagi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, 23 November-21 Disember 2024.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/C4FqNc6wSQ

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi proses undian yang dijalankan di Hanoi, Vietnam, Malaysia diundi bersama Thailand, Singapura, Kemboja, manakala Timor Leste bakal melewati perlawanan play off bertemu Brunei.
Juara tujuh kali, Thailand dijangka bakal menjadi ujian terbesar skuad kendalian Kim Pan-gon dalam usaha Harimau Malaya memburu gelaran.
Manakala Vietnam bakal menguji kekuatan Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.
Saingan Piala ASEAN bakal berlangsung pada 24 November.
#Thailand #Malaysia #Piala AFF