UCL: Gol sendiri bawa Inter Milan ke puncak

Muzaffar Musa
November 27, 2024 12:14 MYT
INTER MILAN 1 RB LEIPZIG 0
Gol sendiri daripada pertahanan RB Leipzig, Castello Lukeba, memberikan Inter Milan kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan gergasi Itali berkenaan melonjak ke tangga teratas liga 36 pasukan itu.
Inter ketika ini masih belum tewas sepanjang lima perlawanan UCL dan mengumpulkan 13 mata, satu mata di atas pasukan di tangga kedua, Barcelona, yang menewaskan Brest 3-0 dalam satu lagi perlawanan.
Liverpool, yang turut ketinggalan satu mata di belakang, akan menantikan kunjungan juara bertahan, Real Madrid, awal pagi esok.
Leipzig, dalam pada itu, masih tercari-cari mata pertama selepas tewas kesemua lima perlawanan pertama.
#bola sepak #RB Leipzig #Liga Juara-Juara Eropah #UCL #Inter Milan
;