Tangan kiri Penyerang Selangor, Faisal Halim, yang difahamkan tiada tindak balas ekoran kecederaan teruk selepas insiden disimbah asid Ahad lalu.

Begitupun, difahamkan dia bakal menerima ubat khas dari Belgium berkenaan keadaan semasanya yang cedera pada tangan rusuk, bahu kesan daripada tindak balas asid itu.

Faisal kini sedang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi selepas asid yang disimbah pada dirinya mengakibatkan kecederaan teruk.