Tze Yong belum capai tahap terbaik

Ammar Hakim
March 28, 2023 17:40 MYT
'Satu kemenangan tidak melambangkan standardnya', itu kata-kata jurulatih perseorangan negara, Hendrawan apabila mengenang kembali kemenangan perseorangan negara, Bg Tze Yong ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
Hendrawan berkongsi bahawa masih terdapat banyak perkara bahawa Tze Yong harus memperbaiki sebelum mampu berada di kelompok terbaik dunia.
"Satu kemenangan itu tidak boleh menentukan prestasinya sudah meningkat. Semua ini adalah satu proses yang perlu dijalani Tze Yong," kata Hendrawan.
Sebelum ini perseorangan negara, Tze Yong mempamer aksi yang membanggakan dalam tiga siri kejohanan Jelajah Eropah apabila secara konsisten mara ke suku akhir termasuk menewaskan juara dunia, Viktor Axelsen.

RESULTS: #AllEngland2023 R16#MAS?? Ng Tze Yong def. #DEN?? Viktor Axelsen(1) 21-15 9-21 23-21 ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TnmdRsPvz7

— BAM (@BA_Malaysia) March 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Tze Yong terpaksa menjalani proses pemulihan selama seminggu selepas mengalami kecederaan di Terbuka Switzerland.
Justeru, Hendrawan bakal mengadakan pertemuan bersama Tze Yong untuk mengetahui tahap kecederaanya supaya mampu merancang semula kejohanan yang bakal disertai.
Hendrawan yakin pemain tersebut mampu pulih menjelang Kejohanan Badminton Asia di Dubai April ini.
"Tze Yong telah pulang semalam dan dia telah berehat sebelum menjalani proses pemulihan. Saya berharap ia tidak serius dan segera pulih untuk kembali beraksi dalam kejohanan akan datang."
#badminton #Hendrawan #Ng Tze Yong
;