Muzaffar Musa
Sun Aug 01 2021
Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker, tidak melihat sebarang unsur berat sebelah daripada aspek penjurian dalam final acara terjun 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo hari ini.
Dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 22, menamatkan saingan di tangga keempat dengan 326.15 mata keseluruhan dan hanya dipisahkan 17.6 mata dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.
Ramai beranggapan bahawa Nur Dhabitah selayaknya menduduki tangga ketiga saingan itu tetapi Brooker menegaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada adat pertandingan selepas kesemua penerjun memberikan aksi terbaik mereka, khususnya di peringkat final.
"Saya langsung tidak memberikan tumpuan kepada juri, saya tidak akan melakukannya dalam kejohanan kerana ia di luar kawalan saya," katanya kepada Nadi Arena.
"Saya hanya boleh katakan yang dia (Nur Dhabitah) telah melakukan lima terjunannya dengan amat baik.
"Terjunan pertamanya agak goyah, terjunan keduanya lebih baik dan terjunan ketiganya baik. Saya amat-amat gembira dengan dua terjunan terakhirnya kerana ia terjunan terbaiknya dalam kejohanan ini.
"Ketiga pemenang pingat hari ini memang layak memenanginya, Dhabitah melakukan terjunan dengan amat baik dan amat konsisten.
"Penerjun Amerika itu mungkin sedikit lebih bagus daripadanya dan layak memenangi pingat gangsa," katanya.
Dalam aksi final itu, Jaguh China, Shi Tingmao, menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 383.50 mata manakala rakan senegaranya, Wang Han (348.75 mata), memenangi pingat perak.
Tze Liang bakal dilantik sebagai jurulatih pelapis
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, telah dilantik sebagai jurulatih pelapis skuad terjun negara yang berkuat kuasa mulai Mac tahun hadapan.
Bertrand Rhodict lanjut pengajian ke menara gading
Penerjun negara Bertrand Rhodict Lises akan berusaha untuk mengimbangkan pelajaran dan kerjaya sebagai atlet selepas menyambung pengajian dalam jurusan pengurusan perniagaan di sebuah universiti tempatan.
Beri ruang buat Tze Liang pulih daripada kecederaan
Pengarah Teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas, memberikan perkembangan terkini bahawa keadaan Ong Tze Liang tidak merisaukan tatkala meneriman beberapa jahitan di kepala dan masih berada di hospital.
Tze Liang dalam keadaan normal -- Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan penerjun negara, Ooi Tze Liang tidak mengalami kecederaan yang serius selepas mengalami kemalangan ketika final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi
Penerjun negara, Syafiq Puteh, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara 3 meter papan anjal lelaki dalam Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.
(Video) Kepala Ooi Tze Liang terkena papan anjal sewaktu melakukan terjunan
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Terkini: Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Terjun Terbuka Malaysia: Hanis Nazirul masih sesuaikan diri acara papan anjal
Pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia edisi lalu, Hanis Nazirul Jaya Surya, bakal beraksi dengan sisi berbeza apabila menyertai 3 meter papan anjal berbanding acara 10m platform seirama.
Terjun Terbuka Malaysia batu loncatan Syafiq Puteh ke Akuatik Dunia
Pemilik dua pingat emas Sukan SEA yang sinonim dengan acara 3 meter papan anjal, Syafiq Puteh, berazam layak Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura tahun depan, selepas kekecewaan tidak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Terjun Terbuka Malaysia: Nur Dhabitah cari bekalan semangat tahun depan
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, menjadikan Kejohanan Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil yang bermula Sabtu ini sebagai pelantar untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.
Man Utd 'disrespected' before Liverpool clash - Van Dijk
Man Utd 'disrespected' - Van Dijk
Conceicao caps remarkable first week with Supercoppa success
Conceicao hails Milan character
Nuno urges Forest to 'stay humble' amid Premier League winning run
Nuno: Forest will stay humble
Queens Park Rangers 2-1 Luton Town: Bizarre Fox winner raises pressure on Edwards
Report: QPR 2-1 Luton
'Modric a gift for football' - Ancelotti champions Madrid midfielder after Minera goal
'Modric a gift for football'
Wolves 0-3 Nottingham Forest: Nuno's high-flying side move level with Arsenal in second
Report: Wolves 0-3 Forest
Inter 2-3 AC Milan: Abraham last-gasp strike snatches Supercoppa Italiana glory
Report: Inter 2-3 Milan
'Baffled' Masood rues lbw dismissal in South Africa defeat
Masood rues lbw dismissal
Minera 0-5 Real Madrid: Guler and Modric on target as Ancelotti's side cruise into last 16
Report: Minera 0-5 Real Madrid
'I don't buy this thing about us beating nobody' - South Africa coach responds to Vaughan claims
Conrad responds to Vaughan claims