TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak ASEAN

Najmi Iman
November 13, 2024 15:48 MYT
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tengku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), bersama Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pemangku Sultan Johor menerusi laman X selepas mengadakan pertemuan penting dua figura besar dalam arena bola sepak Asia Tenggara.
Terdahulu, memuji kepimpinan Erick Thohir dalam memacu sebuah organisasi bola sepak sehingga berjaya membawa kepada perubahan yang ketara.

Met with Indonesia FA Chairman Erick Thohir, Persib Bandung owner Glenn Sugita and Valencia owner Peter Lim last night. We discussed about football and positive future plans that will be a game changer. Exciting times ahead for ASEAN football. Much respect. pic.twitter.com/kunw3TaOTp

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih menarik, Pemilik Persib Bandung, Glenn Sugita -- yang kini menghuni tangga ketiga Liga utama Indonesia serta wakil dari Valencia (sebuah kelab terkemuka di Sepanyol), Peter Lim, turut menyertai pertemuan tersebut.
"Kami membincangkan tentang bola sepak dan rancangan masa depan yang positif yang bakal mengubah permainan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, juga terlibat bagi membincangkan hala tuju bola sepak ASEAN.
#bola sepak #TMJ #PSSI #Erick Thohir #Tengku Ismail Sultan Ibrahim
;