TMJ, Erick Thohir individu berpengaruh bangunkan projek bola sepak ASEAN -- Jorge Mendes
Ammar Hakim
December 1, 2024 16:16 MYT
December 1, 2024 16:16 MYT
Selepas membuktikan dirinya sebagai salah satu ejen bola sepak paling berpengaruh di Eropah, Jorge Mendes mendedahkan mahu mengorak langkah ke Asia Tenggara.
Menerusi laporan The Straits Times Singapura, ejen kelahiran Portugis itu, telah berbincang dengan ahli perniagaan Singapura, Peter Lim mengenai projek baharu di rantau ini.
Mendes percaya ada potensi yang belum diterokai, memandangkan populasi 697 juta orang di Asia Tenggara dan minat mereka terhadap sukan itu.
Walaupun dia tidak mendedahkan butirannya, dia berkata visinya adalah untuk membawa jurulatih dan akademi dari Eropah untuk membentuk generasi bakat akan datang, dengan persediaan bermula seawal usia Bawah 9 tahun.
Mendes turut menyatakan individu seperti presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia, Erick Thohir, dan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik juara Liga Super Malaysia 10 kali Johor Darul Takzim, bakal menjadi watak utama projek ini.
Mendes merupakan ejen yang cukup berpengaruh di pentas eropah, mengendalikan pemain seperti pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo dan pengurus, Jose Mourinho.
Tiga individu terbaru yang menyertai Man United, Manuel Ugarte (pemain tengah) dan Leny Yoro (pertahanan), manakala pengurus terbaru, Ruben Amorim yang mengambil alih tempat Erik ten Hag, yang dipecat bulan Oktober lalu.
RENOWNED FOOTBALL SUPER AGENT JORGE MENDES LISTS THE REGENT OF JOHOR AND ERIK THOHIR AS KEY FIGURES SUITED FOR NEW SOUTHEAST ASIAN FOOTBALL PROJECT The Straits Times (Singapore) published an article where renowned football super agent Jorge Mendes spoke about a potential new… pic.twitter.com/GLzNjNjfYe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.