Team Lee Zii Jia (LZJ) menjalaskan dalam satu kenyataan hari ini bahawa Wong Tat Meng tidak akan bersama pemain perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia, sebagai pengarah kejurulatihan selepas kontraknya tamat pada 31 Disember ini.

Jurulatih berusia 57 tahun itu telah memacu Zii Jia kembali berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia selain pencapaian meraih pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

"Dengan rasa berat dan syukur yang tinggi, Team LZJ menerima keputusan Pengarah Kejurulatihan, Wong Tat Meng, untuk meneruskan fasa kejurulatihannya yang berbeza.





"Sejak menyertai Julai lalu, Jurulatih Tat Menang telah memainkan peranan penting dalam membimbing Zii Jia kembali dalam kelompok 10 terbaik dunia, memenagi gelaran dan membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

"Dia akan terus berkhidmat bersama pasukan LZJ sehingga kontraknya berakhir secara rasmi pada 41 Disember 2024 dan kini sedang mempersiapkan Zii Jia untuk Final Jelajah Dunia BWF.

"Kami berterima kasih kepada jurulatih Tat Meng atas kerja keras, dedikasi dan yang paling penting adalah kebijaksanaan dan bimbingan dia sepanjang bersama Team LZJ.

"Team LZJ akan melantik pengganti dan pengumuman akan dibuat dalam masa dalam masa yang ditetapkan. Pasukan juga sedang bersedia untuk permulaan musim 2025 dengan mengambil kira kitaran Sukan Olimpik yang seterusnya." katanya dalam kenyataan di laman X.