Terkini Paris 2024: Azizulhasni sah tersingkir

Muzaffar Musa
August 10, 2024 00:18 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sah tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.
Ini selepas dia dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Tiada repechage buat Azizulhasni, sekali gus mengakhiri perjalannnya dalam edisi kali ini
Perkara itu disahkan wakil Astro Arena di venue perlumbaan itu, Zulhelmi Zainal Azam.

“Gone”, John Beasley beremosi dan sahkan Datuk Azizulhasni Awang tidak layak ke Repechages acara Keirin. @ASTROARENA pic.twitter.com/5seyqk1AP0

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azizulhasni Awang #Sukan Olimpik #Berbasikal trek #Paris 2024