Meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018, siapa sangka itu kali terakhir Jin Wei berada di kemuncak dunia.
Pada usia 15 tahun, Goh Jin Wei, menggegar dunia badminton atas nama Malaysia apabila dimahkotakan sebagai juara remaja dunia 2015.
Pertama daripada kalangan bakat wanita negara dan diibaratkan permata Malaysia yang hanya perlu digilap -- Pada tahun yang sama Jin Wei buat penampilan dalam Sukan SEA Singapura, memenangi gangsa tetapi turut menyerlahkan belenggu fizikal yang satu hari memaksa dia untuk mengucapkan selamat tinggal.
Tetapi tidak sebelum dia akhirnya merampas emas Sukan SEA di tanah air sendiri, Kuala Lumpur 2017.
Dan memahat sejarah pada 2018 apabila memenangi gelaran remaja dunia kedua sebelum meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja.
Setiap daripada satu kejayaan itu membawa kepada harga mahal yang perlu dibayar sewaktu Jin Wei menjalani pembedahan membuang usus besar pada 2019.
Rejim latihan dan penampilan kompetetif selepas kembalinya dia semula perlu disulami dengan himpunan ubat-ubatan demi impian mengharumkan nama negara.
Sehinggalah tanggal 13 September 2021, pada usia 21 tahun dia terpaksa merelakan perpisahan daripada sukan yang menjadi keghairahannya.
Tubuh kecil berhati besar, Jin Wei nama yang akan kekal bersama setiap rakyat Malaysia.
Di samping itu, bekas rakan sepasukan, Soniia Cheah, juga menawarkan pandangan mengenai persaraan Jin Wei.
Soniia bersama Jin Wei dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 2015 sehingga 2020 sebelum Soniia memilih untuk menukar haluan menjadi pemain profesional.
"Selepas saya mendapat perkhabaran persaraan Jin Wei, saya agak terkejut kerana tidak menjangkakan dia akan meninggalkan badminton pada usia yang sangat muda," katanya.
"Ketika saya bersama BAM, saya tidak sebilik dengannya dan tidak mengetahui jenis ubat-ubatan yang perlu dia ambil. Jin Wei juga tidak pernah menunjukkan bahawa dia berdepan kesukaran dan kesakitan yang dihadapi.
"Dia seorang yang berbeza dan terpaksa mengambil keputusan ini, masalah kesihatan mengekang dia untuk meneruskan dan terpaksa mengambil keputusan yang sangat sukar bagi dirinya sendiri."
Ammar Hakim
Tue Sep 14 2021


Terbuka India: Goh Jin Wei tersingkir awal
Impian pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei, untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Terbuka India 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Sukma MSN: Pulau Pinang akur hilang khidmat Goh Jin Wei
Setiausaha kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, Leong Kin Weng, mengesahkan bahawa mereka terpaksu akur kehilangan satu pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita apabila Goh Jin Wei memilih untuk menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN).

Masters Malaysia: Jin Wei tepati ramalan ke pusingan kedua
Pemain perseorangan profesional, Goh Jin Wei, berjaya mara ke pusingan kedua Masters Malaysia selepas menewaskan Zhang Beiwen dengan keputusan straight set.

KLRC masih menanti surat rasmi penggantungan Jin Wei
Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) sedia membantu bekas pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, untuk membuat rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Goh Jin Wei ingin keluar daripada persaraan?
Sukan badminton negara digemparkan dengan berita terbaru apabila pemenang pingat emas acara perseorangan wanita Sukan SEA 2017, Goh Jin Wei, menyatakan keinginannya untuk kembali bermain badminton secara profesional.

Terima kasih Goh Jin Wei
Meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018, siapa sangka itu kali terakhir Jin Wei berada di kemuncak dunia.

Jin Wei umum persaraan
Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, mengumumkan persaraan mengejut hari ini, kurang seminggu selepas dia dinobatkan sebagai sebahagian daripada skuad Piala Uber yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia.

Karier Jin Wei bagaikan dilahirkan semula
Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, menyifatkan penampilan kompetitif pertamanya sejak 14 bulan lalu dalam Kejohanan Masters Orleans di Perancis bulan lalu seperti kelahiran semula buat kariernya.

Jin Wei teruja sertai kejohanan selepas pembedahan usus
Bekas juara remaja dua kali perseorangan wanita dunia, Goh Jin Wei, sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali mewarnai pentas badminton antarabangsa selepas 14 bulan menjalani pembedahan membuang usus besar.

Piala Uber: Jin Wei masih dalam perancangan BAM biarpun cedera
Perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei, masih berada dalam perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk ke Kejohanan Piala Uber di Denmark, Oktober depan biarpun tidak akan beraksi dalam saingan Divisyen 1, Kejohanan Jemputan BAM di Bukit Kiara bermula lusa.

Netherlands' Van Dijk relishing Mbappe showdown
European heavyweights collide when France host the Netherlands on Friday, with Kylian Mbappe set to go up against Virgil van Dijk.

D.C. United v New England Revolution: Preview and prediction
Wayne Rooney's D.C. United are winless in three, and go up against an in-form New England Revolution side at Audi Field on Saturday in MLS.

Mbappe reveals Griezmann was 'disappointed' to miss out on France captaincy
Didier Deschamps named Kylian Mbappe as his new captain this week, with that decision coming as a disappointment to Antoine Griezmann.

'We are waiting for you there!' – Rodrygo would welcome Ancelotti appointment as Brazil boss
Carlo Ancelotti continues to be linked with the Brazil job following the departure of Tite after December's World Cup exit.

Aspas urges Veiga to stay with Celta as 'four of Premier League top 10' weigh up €40million offers
Gabri Veiga is enjoying a breakout season for Celta Vigo and might already be worth far more than his apparent €40million release clause.

Man Utd and Wolves charged for behaviour towards officials
Heated games at Old Trafford and Molineux in the FA Cup and Premier League have led to charges for Manchester United and Wolves.

Spain 'had no plan B' with Luis Enrique – Iago Aspas points to reason for World Cup failure
Spain flopped out of the World Cup when Morocco snatched a stunning scalp, and Iago Aspas feels more could have been done to avoid the exit.

Swiss Open: Zii Jia overcomes Iskandar Zulkarnain's mentee to check into last eight
Lee Zii Jia checked into the Swiss Open quarter-finals after a straight game 21-19, 21-15 victory over Irish opponent Nhat Nguyen on Thursday.

Delay to Man Utd sale could lead to 'vacuum' that impacts transfer business
The deadline to bid for Manchester United passed on Wednesday, though two of the main interested parties reportedly asked for an extension.

LaLiga files eighth complaint after Vinicius suffers racist abuse during Clasico
Vinicius Junior was subject to racist abuse during Real Madrid's Clasico defeat to Barcelona at Camp Nou on Sunday.