Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya -- Akhyar Rashid
Muzaffar Musa
December 29, 2024 08:13 MYT
December 29, 2024 08:13 MYT
Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid, menzahirkan penghargaannya buat bekas ketua jurulatih interim skuad negara, Pau Marti Vicente.
Pengendali kelahiran Barcelona, Sepanyol itu mengambil peranan berkenaan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kim Pan-gon pada Julai lalu.
Perkhidmatannya berakhir sebaik Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) minggu lalu.
Peranannya akan diambil alih oleh jurulatih kelahiran Astralia, Peter Cklamovski, yang akan memulakan tugas pada 1 Januari depan.
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
"Terima kasih atas segalanya jurulatih (Pau Marti), selamat maju jaya," katanya.
Thanks @FAM_Malaysia ????? pic.twitter.com/94pXD6ZK7n
— Pau Martí (@pauvicentem) December 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.