Terengganu FC memulakan rentak cemerlang dalam perlawanan kedua pra-musim mereka yang berlangsung di Lembah Klang selepas berjaya mencatatkan kemenangan 6-1 berdepan PDRM FC, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Sebelum ini skuad Penyu itu gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama siri pra-musim mereka ketika bertemu Selangor II apabila tewas 1-2.




Pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner itu bakal berdepan Negeri Sembilan untuk perlawanan seterusnya untuk melengkapkan kempen pra-musim pertama mereka sebelum menganjurkan perlawanan empat penjuru melibatkan pasukan Kedah Darul Aman, Penang FC, Terengganu II dan Terengganu.