Terbuka Switzerland: Laluan berliku buat Peng Soon-Liu Ying sebelum mara ke pusingan kedua

Ammar Hakim
March 3, 2021 10:23 MYT
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan kemaraan dalam Terbuka Switzerland.
Berdepan pasangan Thailand bagi hari pertama, Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard, gandingan pilihan pertama dalam kejohanan itu berjaya mengambil set pertama 21-15.
Namun Phuangphuapet-Aimsaard tampil garang dalam set kedua untuk mendahului 8-2, sebelum menang 21-15, sekaligus memaksa set penentuan.
Persaingan lebih sengit menyaksikan kedua-dua beregu itu saling mendahului dalam set ketiga tetapi Peng Soon-Liu Ying berjaya mencipta jurang selepas mata kelapansehingga menang 21-19.
Lawan seterusnya dari Perancis, Ronan Labar dan Anne Tran.