Terbuka Stuttgart: Murray tempah tiket ke separuh akhir
Ammar Hakim
June 11, 2022 09:35 MYT
June 11, 2022 09:35 MYT
Andy Murray meraih kemenangan pertamanya ke atas lawan lima terbaik dunia sejak 2016 ketika dia mengejutkan Stefanos Tsitsipas untuk mara ke separuh akhir Terbuka Stuttgart.
Murray memulakan persiapannya gelanggang padang rumput dengan melangkah ke separuh akhir di Surbiton.
Dia menumbangkan pilihan ketujuh, Alexander Bublik, untuk mara ke peringkat lapan terakhir di Stuttgart tetapi pertemuan dengan pilihan utama dan pemain nombor lima dunia mewakili cabaran yang lebih hebat.
Bekas juara Wimbledon dua kali itu beraksi dengan cemerlang dan meraih kemenangan 7-6 (7-4), 6-3, membalas dendam atas kekalahan lima set pada Terbuka AS tahun lalu.
Kemenangan Murray sebelum ini ke atas lawan yang berada dalam kelompok lima terbaik datang pada Pusingan Akhir ATP enam tahun lalu, apabila dia mengalahkan Novak Djokovic dalam setahun yang turut menyaksikan dia memenangi Wimbledon.
"Saya fikir saya melakukannya dengan baik. Dia melakukan servis yang luar biasa pada set pertama," kata Murray.
“Saya rasa saya mempunyai sedikit peluang, tetapi apabila dia mencipta peluang pada servis saya, saya kekal kuat.
"Saya bermain tie-break yang sangat mantap dan pada set kedua, sebaik sahaja saya berada dalam rali, saya rasa seperti saya sedang menentukan banyak mata. Ia adalah persembahan yang bagus."
Andy Murray + grass = magic ? He scores his first Top 5 win since 2016 over the first seed Stefanos Tsitsipas 7-6(4) 6-3 ? @andy_murray | @theweissenhof | #BOSSOPEN pic.twitter.com/Ssk7jO48qi
— ATP Tour (@atptour) June 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tennis
#Andy Murray
#ATP
#Stuttgart Open
#Daniil Medvedev
#Felix Auger Aliassime
#Stefanos Tsitsipas