Terbuka Singapura BWF: Laluan Kian Meng-Pei Jing terhenti di tangan pasangan Belanda
Muzaffar Musa
May 30, 2024 22:13 MYT
May 30, 2024 22:13 MYT
Laluan beregu wanita profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura BWF terhenti di peringkat pusingan 16 setelah tewas kepada pasangan bukan pilihan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Peik, sebentar tadi.
Selepas kedudukan terikat 4-4, Kian Meng dan Pei Jing tidak pernah dapat mendahului lawan itu sebelum tewas 18-21 dalam set pertama.
Bagaimanapun, selepas ketinggalan 7-13, mereka bangkit menyamakan kedudukan 16-16 sebelum memenangi set kedua 21-18, sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Seakan-akan ada yang tidak kena apabila aksi yang dipamerkan beregu negara itu serba tidak menjadi dalam set ketiga sebelum tewas mudah 10-21 selepas secara keseluruhan beraksi selama 53 minit.