Terbuka Singapura BWF: Kebangkitan Man Wei Chong-Tee Kai Wun disekat beregu pilihan kelima

Muzaffar Musa
May 30, 2024 21:41 MYT
Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, untuk melangkah ke suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Singapura BWF tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada gandingan pilihan kelima dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusan, sebentar tadi.
Wakil negara itu tewas mudah 10-21 dalam set pertama tetapi mereka kemudian bangkit untuk memenangi set kedua 22-20 biarpun pada satu ketika ketinggalan 9-14.
Momentum sama tampak dapat dikekalkan wakil negara itu, di mana mereka tidak membenarkan lawan jauh mendahului tetapi selepas mengikat kedudukan 18-18, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan dua minit.
#badminton #Man Wei Chong #Badminton Terbuka Singapura BWF #Tee Kai Woon