Terbuka Perancis: Ruud cipta sejarah buat Norway selepas tewaskan Rune
Muzaffar Musa
June 2, 2022 12:06 MYT
June 2, 2022 12:06 MYT
Casper Ruud menjadi pemain lelaki Norway pertama layak ke separuh akhir kejohanan grand slam selepas menewaskan pemain remaja, Holger Rune, dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Ia merupakan satu perlawanan bersejarah memandangkan Ruud sebelum itu turut menjadi pemain Norway pertama layak ke suku akhir kejohanan grand slam manakala Rune pula menjadi pemain Denmark pertama berada dalam kelompok lapan terbaik di Roland Garros.
Ketika Rune memanfaatkan kelebihan kecergasan dan keremajaannya -- mempamerkan kualiti untuk pemain nombor 40 dunia itu wajar diangkat sebagai prospek terbaik dalam Jelajah ATP -- Ruud pula mengekalkan ketenangannya sehingga ke akhir perlawanan untuk pemain berusia 23 tahun berkenaan melakar kemenangan 6-1, 4-6, 7-6, 6-3.
Pemain nombor lapan dunia itu sedang menikmati musim terbaiknya, di mana dia turut meraih gelaran di Geneva menjelang ke Terbuka Perancis selain turut layak ke separuh akhir Kejohanan Antarabangsa Itali.
Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama dia layak ke separuh akhir kejohanan utama dan kini, Marin Cilic (pemain Croatia keempat pernah layak ke separuh akhir di Roland Garros sepanjang era terbuka) akan menjadi penghalangnya untuk ke final.
Ruud. Cilic. The second men's semi-final is set. ??⚡️??#RolandGarros pic.twitter.com/r1eW87hSzh
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.