Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, semakin menghampiri misi peribadi merekodkan 12 gelaran Terbuka Malaysia 2018 apabila mudah membenam cabaran pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen dari Denmark, dalam pusingan suku akhir, sebentar tadi.
Diiringi sorakan padu peminat tempatan, Chong Wei, 35, yang turun selaku pilihan ketujuh, bijak menggunakan segenap pelosok gelanggang untuk memerangkap juara dunia itu dengan smash tajam dan permainan kemas di jaring.
Axelsen, 24, jelas tidak berada pada keadaan fizikal terbaik ketika sidang akhbar pasca perlawanan apabila kerap terbatuk-batuk, gagal menampilkan saingan sengit apabila tewas 21-7, 21-9 dalam 46 minit.
“Kerjaya saya sudah semakin hampir penghujung, saya mahu menikmati setiap perlawanan, mengakhirinya dengan satu atau dua (gelaran) Terbuka Malaysia dan Sukan Olimpik di Tokyo,” katanya yang kali terakhir menjulang gelaran di laman sendiri, dua tahun lalu.
Lawannya dalam pusingan separuh akhir esok adalah seorang lagi bintang muda, Tommy Sugiarto dari Indonesia, yang hanya menewaskannya sekali dalam 15 pertemuan sebelum ini.
Jejak langkah Chong Wei gagal disusuli bintang muda, Goh Jin Wei, yang memperoleh pengalaman berguna dalam kekalahannya kepada pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan.
Jin Wei, yang baru berusia 18 tahun, tidak gentar dengan lawannya yang mengatasinya 30 tangga di atas ranking dunia sehingga mendahului 6-1 dalam set pertama.
Namun, kelebihan pergerakan pantas serta pukulan tajam yang dimiliki Tzu Ying akhirnya memerangkap Jin Wei yang terpaksa akur 21-15, 21-15 dalam pertarungan yang mengambil masa 36 minit.
“Dia memiliki kepantasan pergerakan dan pukulan ‘killer’ di atas gelanggang.
“Saya pula beraksi agak pasif dan perlu belajar daripada kekalahan ini untuk memperbaiki permainan saya,” kata Jin Wei.
Meskipun tewas, ia tetap pencapaian terbaik pemain utama wanita kebangsaan itu sepanjang pembabitannya dalam Kejohanan Jelajah Super Siri Dunia.
Satu lagi wakil negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas kecundang 9-21, 17-21 kepada pasangan Jepun yang juga pilihan keenam, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.
Penulis Jemputan
Fri Jun 29 2018
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes