Terbuka Malaysia BWF: Tiket mula dijual esok, harga dijamin berpatutan

Muzaffar Musa
November 14, 2023 06:15 MYT
Tiket bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia BWF, yang akan berlangsung di Arena Axiata dari 9 hingga 14 Januari depan, akan mula dijual jam 11 pagi esok.
Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, harga tiket bagi edisi kali ini dijamin lebih rendah berbanding edisi 2023.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk kenny Goh, ketika ditemui berkata: "Kami bukan sekadar mahu menganjurkan kejohanan ini tetapi kami juga mahu memberikan satu pengalaman yang istimewa dan akan mereka hargai dan ingati dalam ingatan mereka."
Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.

Penjualan tiket terbuka malaysia akan bermula secara rasmi pada esok hari jam 11 pagi, harga tiket yang masih menjadi tanda tanya juga dijamin lebih murah berbanding PMO2023.. So guys, siap sedia untuk berperang buru tiket ??‍♀️????‍♂️ More on @ASTROARENA pic.twitter.com/egCc8BLRZ8

— Syifa Nasir (@syfansr) November 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Persatuan Badminton Malaysia #Terbuka Malaysia BWF