Terbuka Johor Super Series 1: Haiqal Hanafi rangkul emas lagi

Saufi Tahir
April 21, 2024 08:58 MYT
Selepas memegang gelaran raja pecut dalam acara 100 Meter semalam, pelari pecut negara, Muhammad Haikal Bin Hanafi, meneruskan rentak cemerlangnya dalam acara 200 Meter di saingan Kejohanan Olahraga Terbuka Johor Super Series 1, sebentar tadi.
Pelari kelahiran Negeri Sembilan itu mencatatkan rekod masa 21.51 saat justeru menewaskan pencabar utama Jonathan Nyepa dengan catatan mata 21.71 saat di tempat kedua dan Edrick Feivel Florentius di tempat ketiga.
Begitupun, mengikut wartawan Nadi Arena, Karl Nunis, yang berada di lokasi pertandingan menyatakan bahawa Haiqal Hanafi mengakui bahawa 'belum tiba masanya' untuk pelari itu mendekati catatan terbaiknya kerana tidak mahu tercedera dalam fasa kejohanan tersebut.

Haiqal Hanafi semakin menghampiri rentak terbaiknya, rangkul emas 200m (21.51s) Terbuka Johor Super Series 1. Namun Haiqal mengakui ‘belum tiba masanya’ untuk mendekati catatan terbaiknya dalam acara 200m itu kerana tidak mahu tercedera pada fasa kejohanan utama.@ASTROARENA pic.twitter.com/waXFdgaxGj

— karlnunis (@_karlnunis) April 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Terbuka Johor Super Series 1 #Haiqal Hanafi,