Terbuka Indian Wells: Rafael Nadal sah tarik diri
Muzaffar Musa
March 1, 2023 11:39 MYT
March 1, 2023 11:39 MYT
Rafael Nadal sah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Indian Wells kerana masih menjalani pemulihan kecederaan pinggul.
Nadal mengalami kecederaan itu ketika tewas kepada Mackenzie McDonald dalam Terbuka Australia pada Januari lalu, di mana dia kelihatan bergelut untuk bergerak pada penghujung perlawanan di Melbourne itu.
Sehari selepas perlawanan itu, pemain legenda Sepanyol itu menciap dalam Twitter: "Saya sudah menjalani ujian perubatan selepas kekalahan semalam. Ujian imbasan MRI menunjukkan terdapat koyakan tahap dua pada iliopsoas kaki kiri saya.
"Kini saya perlu berehat daripada bersukan dan melakukan fisioterapi anti-radang. Masa pemulihan dijangkan enam minggu."
Nadal kini disahkan tidak akan menyertai Terbuka Indian Wells, yang merupakan kejohanan ATP Masters 1000 pertama musim ini.
Pengarah Kejohanan, Tommy Haas, berkata: "Kami mendoakan Rafa akan terus sembuh dan berharap dia akan kembali menyertai Terbuka BNP Paribas tahun depan."
Nadal layak ke final kejohanan itu tahun lalu sebelum tewas kepada pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz.
Dia pernah memenangi tiga gelaran di Indian Wells, di mana kali terakhir dilakukannya pada 2013.
Three-time BNP Paribas Open Champion Rafa Nadal has withdrawn from the 2023 tournament due to injury. “We wish Rafa continued healing, and hope to see him back at the BNP Paribas Open next year,” said Tournament Director Tommy Haas. pic.twitter.com/6TdzOT6qY9
— BNP Paribas Open (@BNPPARIBASOPEN) February 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.